• Home
  • Kontak
  • Tentang
  • Windows
  • Mac
  • Linux
  • Android
  • Symbian
  • Sitemap
  • Privacy Policy
  • The X Media

    QZ8501: Gurauan Pelik Pemilik Kedai Fesyen Jadi Kenyataan!

    Posted by InfoGugel Posted on 3:26 PM
    Jakarta – Siapa sangka ungkapan pemilik kedai fesyen warga Indonesia ini yang mahu menyambut hari lahir ‘bersendirian di laut’ menjadi kenyataan selepas dia menjadi mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

    Themeiji Thejakusuma, 44, sepatutnya meraikan ulang tahun kelahirannya pada Sabtu lalu dengan belayar menaiki kapal mewah menjelajah Malaysia dan Thailand, namun tarikh itu bertukar menjadi tarikh kepulangan jasadnya kepada keluarga.

    Anak saudaranya, Eric Edi Santo berkata, masih terngiang-ngiang di ingatan hajat terakhir ibu saudaranya itu.

    “Kami ada bertanya bagaimana dia mahu menyambut hari lahirnya tahun ini dan dengan nada bergurau dia menyatakan mahu menghabiskan masa di laut seorang diri.

    “Tidak sangka gurauan dia menjadi kenyataan, malah Tuhan juga tidak mahu dia bersendirian menyambut hari lahir di laut dan kini sudah ditemui,” katanya.

    Themeiji menaiki pesawat berkenaan bersama suami, ibu, tiga anaknya dan bakal menantu lelakinya.
    Mereka ke Singapura untuk belayar menaiki kapal mewah, namun selepas 45 minit terbang di udara, pesawat itu dilaporkan terhempas di sekitar Laut Jawa.

    Mayat Thejakusuma ditemui bersama anak perempuannya Stevie Gunawan dan mereka antara 37 mayat mangsa nahas yang dijumpai pasukan BASARNAS setakat semalam.

    Keluarga Themeiji yang masih lagi gagal ditemui adalah suaminya Jie Charly Gunawan 48, ibunya, Jo Indri, 82, dua anaknya iaitu Steven, 19 dan Stephanie serta tunang Christanto Leoma Hutama, masing-masing berusia 28 tahun.
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Pedas! Pasti Anda Rasa 'Something' Bila Baca Komen Azwan Ali Isu Lamar Atas Pentas Ni!

    Posted by InfoGugel Posted on 3:25 PM


    NAMPAKNYA adegan pelakon dan juara Fear Factor Hairul Azreen melamar kekasihnya, Hanis Zalikha di atas pentas program Gegar Vaganza turut mendapat perhatian ‘diva’ mulut laser, Azwan Ali untuk mengulas.
    Menerusi akaun Twitternya semalam, Azwan menyifatkan perbuatan melamar itu sebagai ‘murahan’.

    Kenyataan Azwan itu kemudiannya disambut dengan pelbagai pendapat oleh para pengguna laman mikro tersebut.


    Ada yang setuju dan ada pula yang meminta agar pengacara itu tidak menghakimi Hairul dan Hanis sewenang-wenangnya.



    Mungkin jika di negara Barat, perbuatan melamar sebegitu dianggap ‘sweet’ tapi di Malaysia yang terkenal dengan adat ini, mungkin ramai sukar menerimanya termasuk Azwan sendiri.
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    SubhanAllah! Keajaiban di Masjid AlFatah, Kuantan Sewaktu Banjir (GAMBAR)

    Posted by InfoGugel Posted on 3:21 PM

    Masjid Alfatah ini dimasuki air banjir, namun, dikhabarkan walaupun air di luar keruh namun air yang memasuki ruang solat masjid adalah jernih. SubhanAllah. Kejadian berlaku pada banjir tahun 2013

    Sumber: http://suraualhijrahpprpantairia.blogspot.com/
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    CERITA USTAZ Di Tempat Permindahan Mangsa Banjir Yang MENGEJUTKAN!

    Posted by InfoGugel Posted on 8:21 AM
    Sekadar Gambar Hiasan.

    Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya. Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak. Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.

    Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
    Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

    Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
    Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat. Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka? Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je…

    Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa? Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya. Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah… Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin… Ustaz Yunan via keretamayat. kredit debatmalaysia.com
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Mangsa Banjir!

    Posted by InfoGugel Posted on 8:13 AM


    Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk menjelaskan mengenai peruntukan RM800 juta bantuan banjir yang diumumkan baru-baru ini.

    Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jumlah yang diumumkan tersebut besar dan memerlukan ketelusan dalam cara menguruskannya.

    "Jumlah RM800 juta untuk bantuan ini besar, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan MKN untuk memperincikan bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider.

    Katanya, peruntukan besar itu memerlukan ketelusan dan perbelanjaan berhemah bagi mengelakkan bajet tambahan yang bakal dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat nanti menjadi isu.

    "Isunya sekarang ialah mengenai bajet tambahan ini. Banyak pihak akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh buat bajet yang tepat.

    "PAC cuma panggil bagi mengetahui sama ada bajet tambahan ini betul-betul berhemah dan telus," katanya.

    Pada masa sama, Nur Jazlan menegaskan tindakan PAC memanggil Kementerian Kewangan dan MKN ini dapat mengelakkan kekeliruan setiap kali bajet tambahan dibentang.

    Peruntukan RM800 juta tersebut, menurut Nur Jazlan, berbentuk bantuan kepada mangsa banjir, dan tidak meliputi perbelanjaan untuk pembangunan semula di tempat yang terjejas.

    Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Mangsa Banjir

    "Ini hanya bantuan banjir kepada mangsa banjir, ia belum kos untuk pembangunan semula seperti buat jalan semula, baiki bekalan elektrik dan air serta sebagainya," kata beliau.

    Sementara itu, Nur Jazlan berkata MKN perlu menjelaskan beberapa perkara yang menjadi persoalan khususnya berhubung aduan mengenai persediaan dan pengurusan yang tidak teratur dalam menangani bencana banjir kali ini.

    "Kita hendak tanya, kenapa persediaan kali ini terjejas? Sebab, orang kata bekalan tidak cukup, komunikasi terputus, bot tidak cukup," katanya.

    Ditanya bila Kementerian Kewangan dan MKN akan dipanggil, Nur Jazlan memberitahu surat akan dihantar sebaik sidang Parlimen dibuka dan selepas reda semua masalah banjir.

    Semalam Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

    Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa.

    Banjir kali ini melanda beberapa buah negeri, khususnya di pantai timur, antara yang terburuk dalam sejarah di mana hampir 200,000 orang menjadi mangsa. ~malaysian insider
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Banjir: 'Pelancong Bencana' Sekat Jalan, Halang Usaha Bantuan!

    Posted by InfoGugel Posted on 8:00 AM

    KUALA KRAI: Ramai yang tertumpu di Kelantan pada masa kini, datang bertujuan membawa bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang sangat dialu-alukan. Namun, terdapat juga kumpulan besar lain yang datang ke sini, tetapi kehadiran mereka tidak dialu-alukan.

    Mereka adalah pelawat yang datang untuk melihat keadaan akibat kemusnahan banjir, mereka yang menyiarkan gambar-gambar 'selfie' dan ingin menunjukkan gambar bahawa mereka 'berada di tempat kejadian' di laman Facebook atau Twitter masing-masing.

    'Pelancong kawasan bencana' hanya menambah masalah kepada mangsa dan keadaan semasa apabila mereka datang dalam kumpulan yang besar dan memenuhkan kawasan dengan kenderaan mereka.

    Mereka juga mengganggu  sukarelawan dan khidmat yang sedaya upaya cuba disalurkan kepada mangsa.

    Mereka yang mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir di sini menyatakan bahawa tugas-tugas mereka telah terjejas oleh 'pelawat' ini. "Kereta mereka telah menyekat jalan-jalan yang ada," kata mereka.

    Seorang pegawai tentera, yang hanya mahu dikenali sebagai Yan berkata jalan raya di Manek Urai di sini sesak dengan pengunjung ketika keutamaan perlu diberikan kepada kenderaan yang membawa bantuan.

    "Membawa masuk 20 hingga 30 buah kereta untuk melawat ke kawasan itu hanya menjadikan keadaan menjadi lebih teruk," katanya.

    "Jalan-jalan ini sudah sedia sesak dengan kereta mangsa yang kebanyakannya diselaputi lumpur dan sisa runtuhan. 'Pelancong' seperti ini tidak perlu memandu untuk ke kawasan luar bandar dan tidak patut berada di sini sama sekali, " kata pegawai itu.

    Aliran trafik yang teruk menyebabkan doktor sukarelawan Beh Chin Xi dan pasukannya terperangkap di jambatan selama hampir tiga jam.

    "Penduduk di sini telah kehilangan segala-galanya," katanya. "Ada yang sedang melakukan semua yang terdaya untuk membantu mangsa, sementara ada juga orang lain yang mengambil kesempatan daripada keadaan ini," katanya.

    Dr Beh berharap pihak berkuasa dapat membantu mengawal 'kesesakan yang tidak diingini' ini.

    Sukarelawan daripada NGO yang berpangkalan di Melaka juga menyatakan keluhan yang sama, dengan menyatakan mereka terkejut dengan 'mentaliti sesetengah orang'.

    "Penduduk kampung dari kawasan lain datang ke kawasan-kawasan yang terjejas untuk mengambil bantuan bekalan yang amat bermakna kepada mangsa," dakwa salah seorang daripada mereka.

    Komander bagi Briged Kelapan Tentera Jeneral Datuk Azmi Yahya mengesahkan bahawa wujudnya sebilangan besar 'pelancong tidak diingini', menyebabkan bertambahnya masalah trafik.

    "Kerja kami diteruskan, tetapi proses itu perlahan kerana perkara ini," katanya.

    Ahli jawatankuasa pengurusan bencana negara Persatuan Bulan Sabit Merah  Malaysia James Kon berkata orang-orang yang tidak terlibat dalam usaha-usaha bantuan tidak sepatutnya berada di jalan-jalan terbabit.

    "Mereka harus menjauhkan diri buat masa ini. Sesetengah jalan juga dilihat tidak selamat,"katanya.

    Pengguna Twitter @melatienida yang mana ibu bapanya berasal dari Kelantan menulis di Twitter dan menyiarkan gambar orang ramai di Kota Baru yang ingin tahu mengenai keadaan banjir.

    "Banjir menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong. Orang ramai datang ke tempat ini hanya untuk melihat!" katanya.

    Pada laman Instagram, seorang pengguna menyiarkan video yang menunjukkan arus deras banjir di Seberang Perak dengan hashtag #mybanjir: "Lawatan untuk melihat banjir. Ladang kelapa sawit menjadi sungai. Air mengalir deras walaupun cuaca panas terik. "

    Apabila pengguna lain bertanya adakah dia tinggal di sana, dia menjawab bahawa dia datang dari Sitiawan untuk melihat sendiri keadaan banjir.-mStar Online
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Kisah Anak Iban Menjadi Sukarelawan, Bantu Mangsa Banjir Di Pantai Timur (7 GAMBAR)

    Posted by InfoGugel Posted on 7:59 AM

    Membaca perkongsian cerita dari lelaki yang bernama Syahril A. Kadir ini, membuatkan kami terasa berterima kasih kerana mengembali lagi rasa kemanusiaan dalam diri.

    Dikala warga pantai timur dilanda musibah banjir, ada juga cerita-cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.

    Kali ini, cerita mengenai seorang lelaki berbangsa Iban turut menghulurkan bantuan di pantai timur bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Baca cerita yang dikongsikan oleh Syahril. Moga dapat membuka mata kita semua, membantu orang yang memerlukan bantuan, usah mengira bangsa dan agama.

    CERITA 16: ANAK IBAN MENABUR BAKTI.

    Ketika kami sedang 'bergelut' mencari dana dan sumbangan sebelum bertolak ke Gua Musang kelmarin, HEro Gevinsa atau Jack adalah orang paling awal menyuarakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan.

    Katanya dia tak mampu nak sumbang lebih-lebih, tapi kalau setakat tenaga, dia janji nk bagi 110 peratus nk bantu mangsa banjir di Kelantan. 

    Mula-mula kami agak skeptikal juga, maklumlah Jack beragama Kristian, orang Iban, bertatu punyalah besor...takutlah dia susah nak menyesuaikan dirinya dengan budaya penduduk tempatan. 

    Namun bila sampai di zon bencana, Jack bertukar menjadi sangat LUAR BIASA, bekerja tanpa henti dari pagi membawa ke malam! Dia ibarat Rentap, pahlawan terkenal Iban, berjuang habis-habisan membantu mangsa banjir.

    Perbezaan agama dan budaya dia tolak tepi dulu. Lumpur, semak, samun, banjir dia redah semacam. Syabas anak Miri, syabas anak Iban, oghang Saghawak pasti bagga! ‪#‎prayforpantaitimur‬

    Kredit : Syahril Kadir


    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Kisah Penghijrahan Fara Fauzana Yang Tidak Didedahkan Kepada Media!

    Posted by InfoGugel Posted on 7:56 AM

    Umum tahu, pengacara popular, Fara Fauzana atau lebih mesra dipanggil Fafau telah berhijrah dan kini berhijab. Bagaimanapun, masih ada kisah penghijrahan Fafau yang tidak dikongsikan dengan orang ramai.

    Menceritakan lebih lanjut, Najwa Syolehah yang telah menghadiri Seminar Transformasi Diri, berpeluang mendengar kisah penghijrahan pengacara popular itu yang sudi berkongsikan kisah penghijrahannya dengan para peserta seminar itu.

    KISAH PENGHIJRAHAN FARA FAUZANA

    Masih terkesan dengan cerita penghijrahan Fara Fauzana. Dikongsikan secara eksklusif olehnya dalam seminar Transformasi Diri. Oleh sebab Prof Muhaya dan Kak Nora sendiri yang request, dia terpaksa rela juga sharing. Apa lagi kami peserta-peserta yang datang, lagi-lagi lah mahu tahu. Hehe.

    Dan setahu saya, tidak ada media expose tentang ini seperti mana hijrah selebriti lain. Alhamdulillah, kami dapat cerita eksklusif. Allah bagi.

    Kak Fara sama sahaja macam manusia biasa. Dan satu perkara yang mungkin membantu dia untuk Allah izinkan hidayahNya sampai adalah dia selalu berkomunikasi dengan Allah.

    Bila balik kerja sehari-harian, tiada suami atau kawan-kawan yang boleh di ajak berborak. Dia sentiasa berborak-borak dengan Allah. Macam kita biasa borak dengan kawan-kawan kita.

    Kak Fara juga kerap minta Allah kejutkan dia pukul ini, pukul ini.Dan sentiasa sahaja Allah bangunkan dia mengikut apa yang dia minta itu.

    Dan satu masa, dia minta Allah kejutkan pukul 4.49. Dan, Yes ! Allah kejutkan exactly pada waktu yang dia minta itu. Saat itulah dia benar-benar rasa akan kewujudan Dzat Allah ini.

    Questioned dalam diri, Allah beri semua yang ada pada kita dari awal sehingga ke hari ini kenapa kita masih tidak ingin mengenaliNya? Serta kenapa tidak sahaja kita menurut segala perintahNya?

    Kak Fara ada seorang rakan ini, dan dia hadir juga seminar tersebut. Seorang muslimah berniqab. Kak Fara cakap, kawan dia ini tidak pernah cakap pada dia yang apa dia pakai itu salah, atau apa-apa yang dia buat itu tidak betul.

    Kawan dia itu cuma menunjukkan melalui akhlak serta perbuatan.

    Cerita bab hijrah-hijrah ini,  saya sangat mudah mengalirkan air mata.Pertama kerana ianya fitrah Allah bagi pada kita. Keduanya, Kerana Allah Yang Maha Baik ini juga telah menghadirkan rahmatNya untuk saya juga mempunyai pengalaman hijrah diri sendiri.

    Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan? Semoga memberi manfaat

    Diceritakan oleh - Najwa Syolehah

    Kredit: TheHypeMedia.com
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Respon Hanis Zalikha Lepas Dilamar Hairul Azreen

    Posted by InfoGugel Posted on 3:19 PM

    Perempuan mana pun akan terkejut dan terkelu lidah untuk berkata kata jika lamaran datang tiba tiba lebih lagi jika ianya dilakukan dalam siaran langsung program televisyen untuk tatapan ratusan tibu penonton Gegar Vaganza malam tadi.

    Seakan menjawab maklumbalas orang ramai itu, Haniz Zalikha memuat naik sebuah klip audio di akaun Instagram beliau mengandugi bait bait perbualan bersama ibunya yang antara lain pelakon dan pengacara ini mengakui memang mencintai Hairul Azreen.

    “Assalamualaikum semua. I am still replying to my friends and family yang sama-sama terkejut dengan berita baik ini. I am still in bed and Mama is here with me while everyone is still calling her to congratulate and how does a daughter feel eh dengar mak dia sungguh-sungguh merestui pilihan hatinya? Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih kerana dahulukan keluarga saya Hairul Azreen. InsyaAllah, dengan izin Allah, thank you (sudi memperisterikan saya),” tulis Hanis Zalikha.


    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Takziah, PM Najib Kena Jangkitan Virus E.Coli, Ini Nasihat Doktor!

    Posted by InfoGugel Posted on 2:42 AM

    Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak hari ini telah disahkan tidak sihat dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selepas dijangkiti virus E.Coli,

    E.coli merupakan singkatan dari Escherichia coli yang yang dirujuk kepada sekelompok bakteria yang biasanya ditemui dalam makanan dan air.

    Kebanyakan dari bakteria ini tidak berbahaya, tetapi boleh menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kerana ia melepaskan racun yang dinamakan Shiga sehingga membuat seseorang pesakit mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, muntah, keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan.

    Virus ini dipercayai dijangkiti ketika Najib mengadakan lawatan ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

    Perkara ini telah disahkan menerusi akaun Twitter rasmi pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.

    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Tarikh Sebenar Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2015 Diumumkan

    Posted by InfoGugel Posted on 2:37 AM

    PUTRAJAYA - Pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan, diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini.

    Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua.

    Katanya, kerajaan berharap, dengan pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.


    Dalam pembentangan Belanjawan 2015 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan bantuan khas kepada pesara kerajaan. Bonus dan Bantuan Khas itu dijadualkan dibayar sekali dengan gaji bulan Januari 2015.

    Bagaimanapun, atas dasar kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju pembayaran bonus dan bantuan khas diawalkan kepada 15 Januari.
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Terkini: Lokasi TEPAT Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Sudah Berjaya Dikenalpasti

    Posted by InfoGugel Posted on 2:32 AM

    PANGKALAN BUN: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia harini dilaporkan telah berjaya menemui lokasi pesawat AirAsia QZ850 terhempas.

    Sehubungan itu, menurut Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan, Johnson Simatupang, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian tersebut akan terbang di bawah 5,000 kaki.

    "Kita sudah dapatkan perintah operasi dari Basarnas. Semua penerbangan akan berada di bawah 5,000 kaki," katanya.

    Jelasnya, lokasi pencarian akan dibahagi kepada empat sektor melibatkan pesawat Tentera Angkatan Udara Nasional Indonesia (TNI AU), Korea Selatan, RUsia dan Amerik Syarikat.

    Sebelum ini, Basarnas memastikan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh di lokasi terakhir berhubung dengan Unit Kawalan Trafik Udara (ATC) dan pasukan SAR memfokuskan pencarian di titik koordinat tersebut.

    "... meyakinkan bahawa AirAsia jatuh di lokasi perhubungan terakhir" kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi, semalam.

    Berdasarkan maklumat, perhubungan terakhir AirAsia QZ8501 di titik koordinat yang berada di sebelah utara Laut Jawa dekat dengan Selat Karimata.

    Katanya, lokasi pencarian akan dilakukan sejauh 60 nautical mile dari titik terakhir itu.
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    TERKINI: Awie Digelar Anak Derhaka, Ini Puncanya!

    Posted by InfoGugel Posted on 11:27 PM

    Pengacara, pelakon dan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie mengaku dan menggelar dirinya sebagai anak derhaka kerana baginya dia belum cukup baik dalam menjaga ibunya. Ibu Awie baru sahaja meninggal pada bulan Disember 2014 akibat komplikasi penyakit tua.

    Awie juga tidak terlalu meratapi pemergiaan ibunya kerana mengambil ikhtibar ketika dia meratapi pemergian bapanya sehingga sasau.

    Awie juga bertekad memberi sinar dan cahaya baru kepada keluarganya dan kini baginya kekasihnya adalah anak-anaknya.

    “Saya ralat kerana arwah emak menjaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja. Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana sebab itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak saya baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya.


    “Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hamper empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut.

    “Penderitaan itu yang memberi kesedaran kepada saya dan saya bertekad untuk memberikan sinar baru dalam keluarga saya tanpa duka cita. Saya tahu banyak pihak mempunyai tanggapan negatif terhadap saya namun ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada saya kerana sudah lali dengan perkara itu.

    “Malah arwah bapa juga turut berpesan kepada saya untuk menjadi diri sendiri dan perkara itulah yang menjadikan saya sebagai diri saya sendiri hingga ke hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada kata-katanya itu yang menjadi kata-kata semangat buat diri saya,” katanya.

    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    (GAMBAR) Idea Kreatif Banjir, Peniaga Bina Kedai Boleh Terapung Di Kuantan!

    Posted by InfoGugel Posted on 11:22 PM

    KUANTAN – Pengalaman perit yang dilalui akibat kedai ditenggelami air banjir penghujung tahun 2013 hingga kerugian hampir RM100,000 mencetus idea seorang peniaga kedai runcit untuk membina sebuah kedai yang boleh terapung di Kampung Bukit Rangin di sini.

    Idea kreatif, Azmi Putra Zakaria, 35, memasang kira-kira lapan tong plastik di bawah kedai yang dibinanya berjaya menyelamatkan kedai dan barang jualan dalam kejadian banjir baru-baru ini.

    Konsep yang diguna pakai itu cukup berkesan apabila kedai itu terapung setelah kawasannya dinaiki air.

    Dia berkata, konsep memasang tong di bawah rumah atau bangsal sebenarnya sudah digunakan oleh penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir seperti di Kampung Pagi, Jerantut.

    “Usaha ini berjaya apabila kedai saya langsung tidak dimasuki air sebaliknya terapung dengan baik apabila banjir melanda kawasan persekitaran.

    “Malah saya juga mengambil keputusan tinggal di kedai untuk menjaganya sementara ahli keluarga lain ditempatkan di pusat pemindahan banjir,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

    Menurutnya, bagaimanapun persiapan tetap dilakukan lebih awal sebelum banjir melanda apabila keperluan termasuk generator, dapur dan katil untuk kemudahan bermalam di kedainya disediakan untuk kegunaannya ketika berada di situ sepanjang musim banjir.

    ”Selepas keadaan air mula naik, saya mula memasang tali dan mengikat struktur kedai runcitnya pada tiang elektrik dan pokok berhampiran bagi mengelak hanyut dibawa arus banjir.

    “Jika dibandingkan banjir 2013, keadaan banjir tahun ini tidaklah begitu teruk namun saya dan keluarga tetap mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kawasan ini sering ditenggelami air,” katanya.

    Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk tinggal di kedai kerana bimbang dipecah masuk seperti yang berlaku sebelum ini.

    Bapa kepada empat anak itu berkata, dia memperuntukkan kira-kira RM10,000 untuk membina kedai runcitnya yang lengkap dengan tangga batu bagi memudahkan pelanggan masuk ke kedai selain beberapa kemudahan lain.

    Menceritakan kembali pengalaman perit sehingga mencetus ideanya membina kedai terapung bagi menghadapi banjir baru-baru ini, Azmi Putra berkata, sebelum banjir melanda penghujung 2013, dia baru membawa masuk stok barangan ke dalam kedai yang ketika itu disewa di Bukit Rangin.

    “Ketika itu air naik terlalu cepat menyebabkan semua barangan tidak dapat diselamatkan dan rosak akibat ditenggelami air.

    “Selepas kejadian itu, semangat berniaga seakan pudar namun saya berazam bangkit semula dengan membina kedai runcit boleh terapung ini yang terletak di depan rumah keluarga,” katanya.-Sinar Harian
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    KENAPA KITA MENYEBUT NABI IBRAHIM Dalam Tahiyat Akhir Dan Bukannya Nabi Lain?

    Posted by InfoGugel Posted on 7:36 PM

    Setelah Allah swt menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam (as), kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam (as) adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله, lalu Nabi Adam (as) bertanya kepada Allah (swt) tentang siapakah ‘Muhammad‘ itu?
    Lantas Allah (swt) menjawab beliau (Muhammad saw) adalah penutup segala nabi dan rasul dan paling mulia di antara mereka semua (rasul). Umat nabi saw juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.
    Diceritakan bahawa Nabi Adam (as) berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:
    1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat
    2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang
    3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya
    4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.
    Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad (saw) di sisi Allah (swt), Nabi Adam (as) memohon kepada Allah (swt) agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad (saw). Namun demikian, Allah (swt) menolak permintaan Nabi Adam (as) mentah-mentah.


    Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa (as). Sehinggakan Allah (swt) sendiri menegur sikap nabi Allah Musa (as) agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah (swt) kepadanya. Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw), hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah (swt) perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah (swt) terima.
    Beliau adalah Nabi Ibrahim (as). Secara dasarnya, Allah (swt) tidak memperkenankan permohonan nabi Ibrahim (as) untuk menjadi umat Nabi Muhammad (saw) tetapi Allah (swt) menjanjikan kepada nabi Allah Ibrahim (as) yang nabi Muhammad (saw) akan lahir daripada salasilah atau keturunan nabi Ibrahim (as) sendiri dan nama nabi Ibrahim (as) juga akan meniti di bibir-bibir umat nabi Muhammad (saw) iaitu bermaksud nama nabi Ibrahim (as) akan selalu disebut-sebut oleh umat Rasulullullah (saw).
    Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim (as) dalam solat lima waktu kita iaitu semasa bacaan tahiyat akhir seperti dijanjikan oleh Allah (swt) kepada nabi Ibrahim (as) seperti berikut:

    بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

    اللهم صل على محمد وآل محمد

    Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.
    Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah :
    Versi Syafie (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)
    Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS
    Versi Hambali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)
    Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya disyiarkan dalam solat kita.
    Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. . Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar SAW itu.
    .
    Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.
    Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”
    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?

    Serangan Subuh Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981,Kisah Benar Kejayaan Sekumpulan Anak Melayu

    Posted by InfoGugel Posted on 7:24 PM

    Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.

    Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
    Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

    Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris


    Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.
    Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
    Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).
    Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.
    Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.
    Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.
    Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
    Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”
    Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

    Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

    Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.
    Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
    Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.
    Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.
    Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

    Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

    mahathir
    Mahathir sewaktu sidang PBB

    Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.
    Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.
    Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

    2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

    Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.
    Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.
    Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.
    Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

    Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

    wang malaysia
    Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

    Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

    Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.
    Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.
    Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.
    Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.
    Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.
    Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.
    Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

    Kerjasama Pelbagai Pihak

    Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.
    4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
    Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.


    Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.
    Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
    Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

    Mengapa Guthrie ?

    Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.
    Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.
    Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.
    Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.


    Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

    Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

    Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).
    Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
    Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.
    Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.
    Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.
    Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
    Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.
    Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.
    Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.
    Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.
    Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
    Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

    Mahathir Terus Menekan British

    glasgow report
    Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

    Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

    Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.
    Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
    Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.
    Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.
    Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.
    Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
    Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
    Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.
    Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

    Hasil Besar dari Serangan

    Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
    Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
    Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
    Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.
    Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
    Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
    Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”


    Selanjutnya »
    Share To :
    FACEBOOK DIGG TWITTER GOOGLE+ LINTASKAN STUMBLEUPON
    Apa KOMEN Anda?
    Newer Posts Older Posts

    STATS

    Close CLICK TO CLOSE

    My Blog List

    • Info Gugel
      FreeKick Magis Faiz Subri: Ini Tindakan FAM Yang Bakal Buatkan Anda Terkejut!

    Blog Archive

    • ▼  2015 (42)
      • ▼  January (42)
        • QZ8501: Gurauan Pelik Pemilik Kedai Fesyen Jadi Ke...
        • Pedas! Pasti Anda Rasa 'Something' Bila Baca Komen...
        • SubhanAllah! Keajaiban di Masjid AlFatah, Kuantan ...
        • CERITA USTAZ Di Tempat Permindahan Mangsa Banjir Y...
        • Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Mangsa Banjir!
        • Banjir: 'Pelancong Bencana' Sekat Jalan, Halang Us...
        • Kisah Anak Iban Menjadi Sukarelawan, Bantu Mangsa ...
        • Kisah Penghijrahan Fara Fauzana Yang Tidak Didedah...
        • Respon Hanis Zalikha Lepas Dilamar Hairul Azreen
        • Takziah, PM Najib Kena Jangkitan Virus E.Coli, Ini...
        • Tarikh Sebenar Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 20...
        • Terkini: Lokasi TEPAT Pesawat AirAsia QZ8501 Terhe...
        • TERKINI: Awie Digelar Anak Derhaka, Ini Puncanya!
        • (GAMBAR) Idea Kreatif Banjir, Peniaga Bina Kedai B...
        • KENAPA KITA MENYEBUT NABI IBRAHIM Dalam Tahiyat Ak...
        • Serangan Subuh Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pa...
        • Membongkar Penipuan Sharifah Sofia Mengenai Teori ...
        • Mayat Mangsa Pesawat QZ8501 Rosak Boleh Dibiarkan ...
        • Kena Santau? Sharifah Sofia Muntah Darah Lepas Ded...
        • QZ8501: AllahuRabbi! Kediaman Allahyarhamah Hayati...
        • Kisah Adik Ammar Danish, Hidupnya Seperti "Bom Jan...
        • Isu Ditangkap Khalwat Dengan Hanis Zalikha, Hairul...
        • PANAS! Sultan MURKA Aksi Hairul Azreen Lamar Hanis...
        • SEBAK, Adik Mangsa Banjir Ini Bertanyakan Sesuatu ...
        • Gadis Diculik Dua Polis Dan DIR0-G0L Beramai-Ramai...
        • Terbongkar! Akhirnya Dalang Disebalik Penampakan U...
        • Senarai 10 Orang "MOST WANTED" Di Dunia Dan Sebab-...
        • (19 GAMBAR) Jom Lihat Gaya Hidup Orang-Orang Di Pe...
        • SubhanAllah! Al-Quran Tak Terkena Setitik Air Pun ...
        • Awas! Ah Long Mula 'TURUN' ke Kelantan, Nak Bantu ...
        • SUBHANALLAH! PERKARA PELIK BERLAKU DI MASJID KG PA...
        • QZ8501: Pegawai Tentera Laut Indonesia Dedahkan Ad...
        • Kreatif! Cara Facebooker Malaysia Ini Menyelamatka...
        • PM Najib Sudah Pulang, Tapi Jet Rasmi Kerajaan Mas...
        • Terkini:Pesawat MAS MH2604 Ke Kota Kinabalu Terpak...
        • 6 Sebab Anda Tidak Perlu Pergi Program Doktor Aziz...
        • WHAT?! Juruterbang AirAsia Indonesia Dilapor Posit...
        • Jangan Terperanjat, Harga Sepinggan Nasi & Air Seb...
        • TERKINI: Anwar Jelaskan Sebab Beliau Tidak Bersama...
        • Aksi Melampau Emma Maembong Dan Ayahnya Di Lebuhraya!
        • GEMPAR! Penduduk Belitung Dakwa Temui Mangsa Pesaw...
        • MENGULAS TEORI KONSPIRASI MH370 SHARIFAH SOFIA, RA...

    Popular Posts

    • PANAS! Sultan MURKA Aksi Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Atas Pentas Gegar Vaganza
      Kejutan di konsert Gegar Vaganza apabila Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Hanis yang pada ketika kelihatan serba salah dan kebingun...
    • Isu Ditangkap Khalwat Dengan Hanis Zalikha, Hairul Tampil Jelaskan Perkara Sebenar!
      Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkhalwat? - Gosip kes khalwat memang sudah sinonim dengan industri hiburan tempatan. Saban ta...
    • Senarai 10 Orang "MOST WANTED" Di Dunia Dan Sebab-Sebab Mereka Diburu!
      Semenjak kematian Osama bin Laden, lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan dunia pada suatu ketika, sudah tentu ada yang terta...
    • MENGULAS TEORI KONSPIRASI MH370 SHARIFAH SOFIA, RAMAI KENA KENCING KAW-KAW!
      Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggo...
    • Terbongkar! Akhirnya Dalang Disebalik Penampakan UFO Sekitar 1950-an Tampil
      CIA baru-baru ini mengeluarkan satu status yang mengejutkan di Twitter dengan menyatakan agensi itu bertanggungjawab terhadap beberapa pen...
    • Serangan Subuh Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981,Kisah Benar Kejayaan Sekumpulan Anak Melayu
      Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan se...
    • Kena Santau? Sharifah Sofia Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370
      Sharifah Sofia Muntah Darah Lepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370 |  Wanita yang telah mendedahkan maklumat penting mengenai pesawat...
    • TERKINI: Anwar Jelaskan Sebab Beliau Tidak Bersama Rakyat Ketika Banjir..
      Semua pihak termasuk jentera partinya diingatkan agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan ...
    • Terkini:Pesawat MAS MH2604 Ke Kota Kinabalu Terpaksa Dilencongkan, Ini Puncanya!
      KUALA LUMPUR: Pesawat  Malaysia Airlines MH2604 laluan Kuala Lumput-Kota Kinabalu dilaporkan terpaksa menukar laluan pendaratan ke Lapanga...
    • Terkini: Lokasi TEPAT Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Sudah Berjaya Dikenalpasti
      PANGKALAN BUN: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia harini dilaporkan telah berjaya menemui lokasi pesawat AirAsia ...
    Powered by Blogger.
    | Security | Multimedia | System Tuning | Developer | Games | Tools | Converted | Browser | Messanging | File Sharing | Desktop | Office | Compress |
    Copyright © 2013. The X Media - All Rights Reserved
    Designed By ZuLThinK And Free Responsive Themes
    Proudly Powered By Blogger