Portal berita Indonesia, Kompas memetik Pegawai Khas Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi M Diuraid sebagai berkata, juruterbang berkenaan dengan nama awalannya F I, menjalani ujian dadah pada pagi Khamis selepas pesawat QZ7510 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali pada pukul 8.50 pagi.
Menurut laporan itu, juruterbang tersebut dijadualkan membuat penerbangan semula ke Jakarta pada pukul 9.20 pagi hari yang sama.