Terdapat beberapa orang penumpang pesawat AirAsia QZ8501 berjaya diselamatkan oleh nelayan di perairan Belitung Timur.
Namun, dakwaan itu merupakan khabar angin yang telah tersebar di kalangan penduduk di sini dan tiada pengesahan diperolehi berhubung dakwaan tersebut sehingga kini.
“Tiada pengesahan boleh dibuat hasil daripada maklumat tersebut setakat ini walaupun ada yang mengatakan bahawa terdapat penumpang telah diselamatkan nelayan.
Mayat mangsa juga telah ditemui terapung di perairan Jawa yang merupakan lokasi nahas,” kata pegawai polis Belitung, Yanto. Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat dari Pangkalan Bun, berkemungkinan besar tiada mangsa nahas yang terselamat. -