NAMPAKNYA adegan pelakon dan juara Fear Factor Hairul Azreen melamar kekasihnya, Hanis Zalikha di atas pentas program Gegar Vaganza turut mendapat perhatian ‘diva’ mulut laser, Azwan Ali untuk mengulas.
Menerusi akaun Twitternya semalam, Azwan menyifatkan perbuatan melamar itu sebagai ‘murahan’.
Ada yang setuju dan ada pula yang meminta agar pengacara itu tidak menghakimi Hairul dan Hanis sewenang-wenangnya.